Pages

tabung masa depan nazz

Thursday 19 November 2015

Rindu

siapa yang tak rindukan seorang ibu yang hampir 19 tahun jaga kita bersama kita.
siapa yang tak cemburukan kawan kawan yang selalu dok call ibu tiap hari tanyakan khabar
siapa yang tak ternanti2 saat pulang kerumah si ibu sedia menanti di pintu
siapa yang yang tak rindukan masakan ibunya
siapa yang tak iri hati bila kawan2 sibuk merencanakan apa yang dilakukan bersama ibu mereka
siapa? siapa? siapa? 
tapi semua itu tak layak untuk di persoalkan kerna allah telah merancang yang lebih baik untuk dirinya. 
kenapa perlu aku persoalkan? kenapa?? kenapa??
jawapannya mudah saja sebab aku rindukan belaian seorang ibu.
rindu nak dengar bebelan dia..
rindu nak gaduh2 ngan dia masa dia masak..
 
selepas dia sakit semua berubah semua dah tak macam dulu lagi... hilang suri dan seri di rumah.. bila dia  dah pergi lagi suram rumah..kami seperti kehilangan punca. 
 
ayah yang dulunya tabah juga terkesan dengan kehilangan arwah ma. seperti separuh dari semangat dan kekuatan dia jugak turut pergi bersama.
 
ma... 
kata2 rindu juga sering aku bisikkan dalam doa untkmu. moga ma bahagia dan tenang di sana. 
 
aku di sini orang nampak macam kuat tapi semua tu satu penipuan. aku tak kuat. tetiba aku boleh  menangis tanpa di pinta. rindu itu tak pernah padam.
wajahnya tak pernah hilang. 

kewujudan dia masih ada masih segar di ingatan.

al fatihah. tenanglah di sana wahai ratu hatiku.

No comments:

Post a Comment