Pages

tabung masa depan nazz

Saturday 22 March 2014

blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

jom join segmen dari ayuinsyirah .. walaupon nazz ni tak cuti sekolah nak nazz jugak join segmen ni.. weekend ni kot2 boleh blogwalking sampai pening kepala sebab dok baca entry korang semua ka.. hihi.. btw jom join dan terjah blog ayuinsyirah ni

Kenangan...

Assalamualaikum....
Hopefully semuanya sihat2 belaka la eh.. Hurm tiada apa yang penting datang tanpa sebab.. Dan apa yang datang itu adalah satu kenangan untuk dikenang atau terus dilupakan. ..
Pernah tak readers sekalian hadapi apa yang nazz hadapi sekarang ni..?? K. E. N. A. N. G. A. N.... Tipu seratuslimapuluhjuta kali kalau readers sekalian kata tak pernah..  Kan??
Kenangan sukar untuk di utara kan.. Hanya kita dan memori ja yang dapat tafsir kan.. Untuk tafsirkan kenangan itu langsung tidak menggunakan mana2 kalenjar untuk merembeskan ia.. *bilabudakakaunmenggunakansains. Haha.
Bila duduk sesorang mesti ingat apa ya g pernah di lakukan masa zaman kanak2 ribena kan? Main tuju tin, tuju selipar, batu serenban, n so on.  Itulah yang di namakan kenangan..
Pergi sekolah main baling2 pemadam dekat kawan. Koyak buku dekat tengah2 untuk di jadikan kapal terbang.. Ambik buku petak nak main xoxo takpon sos serta binggo.. Mesti pernah buat kan? That's call KENANGAN..

Saturday 15 March 2014

Hujan itu rahmat...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah segala puji bagi allah swt...  Kerna hari ni di bumi kedah telah hujan... Kalau tak silap nazz bukan sahaja di kedah ja yang dah hujan banyak juga tempat2 lain merasai nikmat hujan setelah beberapa bulan di ambil alih oleh kemarau yang panjang....

Antara kawasan yang dah hujan ialah kelantan perlis terengganu dan sesetengah kawasan di melaka dan juga johor....dan juga kedah...

Ya allah alhamdulillah atas nikmat kurniaanmu..  Bumi ini di basahi hujan.. 

Walaupun tak sampai setengah jam hujan tapi kami bersyukur sangat... 

Nasib nazz dan housemate xmelompat p main hujan ja tadi..hehe..

"Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya"

kenangan.. kpi


assalamualaikum...

cuti semester yang lepasssssss.....nazz ada join satu program. program ni di anjurkan oleh alumni sekolah nazz yang dulu.. kem tu di nama kan kem pelajar intelek(kpi).. alhamdulillah nazz di berikan peluang untuk berbakti sebagai fasilitator untuk adik2 tingkatan 4..

walaupun citer ni da lama..kalau nasi ni da kira basi dan berbau la kot.. tapi nazz rasa  moment kat entry ni tak kan berbau walaupun da lama sebab ia

adalah satu moment yang indah untuk di kenang.. ia akan selalu mekar dalam ingatan... chewahhh melebih2 la plak intro nya.. haha :)

 lafaz ikrar untuk program tu...



kumpulan 16 memang terbaik.. tengs dik bagi kerjasama..

 
kenangan bersama mereka... hopefully kita xkan lost contact.. moga kita semua berjaya.. 

dah2 tak tau nak taip apa dah ni.. hihi.. oke stay cool and keep calm ya my dear sekalian...

Friday 14 March 2014

perasaan..


perasaan...
sukar untuk diluahkan..
kadang kala ia terlalu sukar,
sukar sekali...
 
tiada siapa yang mengerti...
kenapa sukar di fahami?
kerna perasaan itu sukar untuk di erti..
tolonglah mengerti..
 
perasaan..
yang kadangkala lari dari landasan...
aku sebagai driver pon xtau mana arahnyaa..
arghh perasaan yang tiada akhirnya..
semua perlukan pengorbanan..
 
hanya kepada dia..
kepada dia aku bicara..
mohon mengerti semua ini..
kerna perasaan itu aku miliki..
 
 

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

 
 
haaa.... memandangkan hari ni hujung minggu nazz dok godek2 lappy ja kejenya.. assingment bukan xdak, ada tapi tak mau buat lagi hihi.. okey sebelom tu apa kata kita join satu segmen yang di anjurkan oleh blogger yang super dupper awesome ni ayu insyirah... ha senang ja... 
 
kalau kawan2 yang lain nak join meh kita singgah kat sini...


syarat2 nya senang ja..

. 1. first tu korang follow la dulu blog akak kita ni
2. tajuknyer SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER
3. link kan entry yang telah korang buat kat sini
4. kemudian.korang dari mana? (macam nazz ni nazz dari kelantan...mek klate gittew..)hehe.
4. da tu tag kawan2 korang.. nazz nak tag 

myroomate

ok done!! hihi.. 

Tuesday 11 March 2014

keep pray for MH370


dah 4hari kan kita semua di gempar kan dengan berita kehilangan pesawat MH370 tu...  walaupun takde sedara mara nazz dalam pesawat tu rasa resah gelisah sedih bimbang dan semua ada.. 
walau apa pon kita sebagai saudara seidlam tak salah kan berdoa untuk semua penumpang dalam MH370. semoga allah selamatkan mereka.. bila tengok spekulasi2 yang di buat oleh orang yang tidak ada keperimanusiaan nazz rasa macam nak je p tumbuk muka diorang tu.. ada ka patut dok sebar maklumat yang tak benar..  cuba bayangkan kita berada di tempat waris atau ahli keluarga mangsa apa perasan kita.. tapi mereka tidak berfikiran begitu..
tak serik nak hebahkan maklumat palsu.., semua nak jadi wartawan yang tak berbayar. nak juga sumbangkan maklumat yang salah..
ya allah sekiranya masih di langit turunkanlah.
sekiranya di laut timbulkanlah..
sekiranya masih di darat tunjukkanlah..
sekiranya susah permudahkan lah...
amin...

Wednesday 5 March 2014

Wordless wednesday

Monday 3 March 2014

Heat stroke

assalamualaikum... Saban hari kita selalu jer dengar macam2 penyakit yang pelik kan.. Hari ni hangat di perkatakan tentang heat stroke ni kan. Dengan keadaan panas dan cuaca tak menentu lagi la senang penyakit nak singgaj kat kita. Antibody kita pon tak kuat kan. So mai kita sama2 baca apa itu heat stroke tu.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
    
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
    
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
    
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
    
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
    
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
    
Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
    
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
    
"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
    
"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.
    
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Haaa korang nak taw tak isu ni telah pon di bincangkan dalam malaysia hari ini (mhi) pada jumaat lepas 280214..  So kita sama2 la cuba untuk elakkan benda ni jadi kat kita kan. Prevention more better than secure..  Nak2 dengan cuaca yang panas terik ni korang cuba2 la minum bebanyak air.. Nak protect anyobody kita supaya kuat..

Nazz harapkan perkongsian ni boleh kita sama2 manfaatkan untuk mengharungi hari2 yang cuacanya tak menentu..

peringatan...

   

Sunday 2 March 2014

dugaan...

 tiada sapa yang tiada dugaan kan? dalam setiap kehidupan mesti ada dugaan cabaran challenge dan sengkatan dengannya..  saa juga dengan nazz.. keluarga nazz seing diuji.. ini mknanya allah saang akan hambanya kan?  allah tidak akan menguji setiap hambanya di luar kemampuan hambanya kan? 
cuti semester lepas, macam2 da berlaku.. blood pressure ayah tinggi kot sampai 200/110. ya allah.. 3buah klinik da perg tapi tekanan darah ayah tak turun gak.. nazz da cuak kot something happen pada dia.. kami sekeluarga tak mau benda sama berulang lagi..
 
so far alhamdulillah sekarang Bp ayah da stabil.. anak perempuan dia yang sorang ni rasa macam tak mau jer balik kedah sebab nak jaga ayah, tapi allah permudahkan segala urusan sebab sekarang ayah tinggal bersama abang nazz kat perak.. alhamdulillah..
nazz pernah terfikir kenapa keluarga nazz sering di uji dengan macam2 tapi nazz taw ada sebab da musabab kenapa semua ni berlaku..
 


dengan adanya kawan2 sekeliling, diorang support nazz.. bagi macam2 tips suh apply kat ayah.. ada yang suruh makan itu la makan ini la... by the way thanks guyss... you all the best.  

sebelom balik kedah, nazz rasa nak extend ja semester ni sebab nak jaga ayah.. nazz rasa jaga dia lebih utama kot tapi lepas fikir balik abang ada nak jaga dia nazz teroskan juga.. inshaa allah kejayaan ini untuk ayah.. 
 
 

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2014

 
Hari ni nazz nak join satu segmen yang di anjurkan oleh ayuinsyirah  ni... 
walaupon da last minit tapi gatai gak nak join..hehe..
jom kita join same2..