Pages

tabung masa depan nazz

Monday 13 January 2014

salam maulidul rasul

 
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan 


"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

 Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan 
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia  

 

law sampai habis!!

chenta hati nazz sekalian hari ni da kira separuh merdeka untuk nazz dan kawan2.. tinggal lagi 1 paper sebelum pulang bercuti... alhamdulillah.. yippie!! tak sabarnya nak balik.. semoga di permudahkan untuk habiskan exam bagi semester ni... moga2 ada hikmah yang berlaku.. in syaa allah.

 tadi kan paper business of law.. ya allah manyak susah lo... kalau yang suka bermain dengan akta2 dan section2 mesti rasa happy here and after kan. . huu kalau nazz la kan ingat2 ni ja la kali terakhir nak ambik.. tak mau dah jumpa lagi next sem... kalau nasib jumpa lagi nak buat macam mana kan sedangkan nazz dah berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik.. *mohonterharu.

tapi apa yang penting KERJASAMA!! ahaha bukan tu la. apa yang penting kat sini nazz dah berusaha..hehe.


p/s: doakan nazz untuk hadapi last paper dengan baik taw..
p/s2: xsabarnya nak balik.
 

biar ia berbicara


Sunday 12 January 2014

dont give up...

assalamualaikum... 

salam chenta hati nazz... aih makin terajin pulak tangan ni dok menari atas keyboard ni.. haha.. walaupon esok paper business law tangan ni dk jugak nak menari atas keyboard ni..maybe dapat hilangkan rasa  stressnya.. hihi..

 
haha sebenarnya xdak apa pun nak cerita tapi  saja gatai nak bagi entry banyak2 sebelum balik cuti semester.. hihi.. lagi 4hari nak balik ... huii xsabar ya.. kelantan... tunggu nazz balik taw.

p/s: tadi tefon ayah, ayah kata umah dah banjir..


intro....

assalamualaikum chenta hati nazz semua..  semalam dengan rasminya nazz dah deactive blog nazz yang lama atas sebab -sebab tertentu.. orang kata biarlah tahun baru di mulakan dengan buku yang baru.. ecece..hehe.. selepas entry pertama yang nazz post, entry first tu adalah throeback apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2013.. semoga ia tetap menjadi moment terindah ddalam hidup nazz.  biarlah blog yang lama tu terkubur bersama kenangan yang lalu...
 
 header blog lama...

header blog baru...wee...  now back to normal.. semua biru. bukan lagi warna pink ! ahhaha..

kehidupan mesti di teroskan ia dop? hehe... di saat ini mungkin orang lain masih lagi lena dan enak di buai mimpi tapi nazz ambik kesempatan di dalam kesempitan untuk menghapdet blog yang tak berapa nak maju lagi ni..hehe... nazz berharap dengan adanya blog baru ni dapat memberi satu inspirasi kepada nazz untuk teros berblogging...  medan ini mungkin dapat mengajar nazz tentang kehidupan.. 

walaupon sekarang masih lagi dalam mood exam tapi tangan ni gatai-gatai gak nak buat blog baru.. ni pom bukak buku  tapi tak study..haha *jangancontohidaku.. 

okey lah nazz mau sambung study lagi.. stay tuned for next entry k!!!

Saturday 11 January 2014

throwback 2013



assalamualaikum... haa dah tahun baru kan... ahlan wasahlan 2014. selamat tinggal 2013... 2013 yang banyak sangat tinggal kenangan kepada nazz... tahun yang mempunyai 1001 kisah yang menarik,sedih, gembira dan macam2 lah...
kat sini nazz nak throwback  balik apa yang dah berlaku sepanjang 2013

JANUARY- dugaan yang paling besar nazz hadapi dalam hidup ialah nazz kehilangan ma yang nazz sayangi.. ya allah hanya allah yang tahu bagaimana perasaan nazz masa tu... dalam masa yang sama nazz hadapi UPS masa kat matrikulasi... malam sebelom UPS tu dapat panggilan daripada abang.. pagi2 lagi balik kelantan..

FEBRUARI-kembali ke matrik selepas cuti midsem.. kembali dengan perasaan yang sukar di tafsirkan.. tapi nasib ada abang2 dan kawan2 yang support nazz dari belakang...

APRIL-exam semester akhir kat matrik.. lepas tu balik kampung bercuti dan jadi penganggur kehormat kat umah

JUN- result matrik keluar... alhamdulillah walaupun tak dapat 4.00 tapi bersyukur dengan result yang diperolehi..

JULAI- puasa pertama tanpa ma di sisi... first time kerja kat kedai kek...sebelom ni ayah tak bagi naz keje

OGOS- raya pertama tanpa ma.. alhamdulillah keputusan UPU keluar dan dapat sambung degree kat UiTM Merbok...

SEPTEMBER- daftar sebagai seorang mahasiswa..