Pages

tabung masa depan nazz

Friday 20 November 2015

Wedding Cousin

 
sesi throwback.
 
cerita yang dah basi yang dah lapuk tapi nak jugak share ngan korang semua. hee
cousin nazz pon dah pregnant dah tapi nazz baru nak share cerita tentang majlis kahwin dia hari tu.. hee. tak pe la at least lepas ni boleh lah tengok sini kan kalau rindu.hehe
 
muka bakal pengantin dah berdebar menunggu saat di ijab kabul kan.

 sekali lafaz dah jadi wife orang dah.. dah tak boleh nak gelak ketawa bersama lagi..


  bersama dayang2 yang ting tong semuanya. haha

selamat pengantin baru niey &syaipul

 
dengan sepupu2 yang boleh giler2.. kalau jumpa nak bahan je kejenya tapi bila takde rindu pulak. haha.. tapi diorang ni boleh katakan  sepupu yang paling rapat la..
 
last but not least 
 

 


the end of the day!!! barakallah...
 
malm tu balik kedah dengan perasaan yang happy sebab sepupu kesayangan dah kkahwin dan sedih sebab tinggal keluarga di kampung.. heee. *cengeng!






 

Thursday 19 November 2015

Rindu

siapa yang tak rindukan seorang ibu yang hampir 19 tahun jaga kita bersama kita.
siapa yang tak cemburukan kawan kawan yang selalu dok call ibu tiap hari tanyakan khabar
siapa yang tak ternanti2 saat pulang kerumah si ibu sedia menanti di pintu
siapa yang yang tak rindukan masakan ibunya
siapa yang tak iri hati bila kawan2 sibuk merencanakan apa yang dilakukan bersama ibu mereka
siapa? siapa? siapa? 
tapi semua itu tak layak untuk di persoalkan kerna allah telah merancang yang lebih baik untuk dirinya. 
kenapa perlu aku persoalkan? kenapa?? kenapa??
jawapannya mudah saja sebab aku rindukan belaian seorang ibu.
rindu nak dengar bebelan dia..
rindu nak gaduh2 ngan dia masa dia masak..
 
selepas dia sakit semua berubah semua dah tak macam dulu lagi... hilang suri dan seri di rumah.. bila dia  dah pergi lagi suram rumah..kami seperti kehilangan punca. 
 
ayah yang dulunya tabah juga terkesan dengan kehilangan arwah ma. seperti separuh dari semangat dan kekuatan dia jugak turut pergi bersama.
 
ma... 
kata2 rindu juga sering aku bisikkan dalam doa untkmu. moga ma bahagia dan tenang di sana. 
 
aku di sini orang nampak macam kuat tapi semua tu satu penipuan. aku tak kuat. tetiba aku boleh  menangis tanpa di pinta. rindu itu tak pernah padam.
wajahnya tak pernah hilang. 

kewujudan dia masih ada masih segar di ingatan.

al fatihah. tenanglah di sana wahai ratu hatiku.

selamat hari lahir ayah....

 
hampir setahun tak update blog kan berhabuk mungkin blog ni... kasi tiup sikit bagi hilang sawangnya... hurm bukan apa bukan lupa bukan tak ingat tapi di sebabkan kekangan masa tak sempat nak update cerita ceritanya.. 

sebenarnya banyak sangat cerita nak kongsikan bersama tapi biar nazz simpan dulu.

hari ni nazz nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada wali nazz. my Ayah my super duper hero my man dan seangkatan dengan nya..

hari ni genaplah umor ayah 60 tahun. semakin hari semakin melewati usianya.
kesempatan ini dengan ucapan semoga ayah di murahkan rezeki panjang umur selalu. moga allah berikan kesihatan yang baik untuk ayah sembuh seperti sedia kala untuk lihat kejayaan anak ayah ni.. 

ayah kekasih hati...
moga kau  tabah hadapi segala dugaan di dunia ini. nazz tahu ayah seorang yang cekal dan tabah hadapi segalanya.kalau tidak, mana mungkin ayah masih mampu tersenyum bila bersama anak anak dan cucu.. 

hari demi hari kata doa untukmu sentiasa aku titipkan. 

selamat ulangtahun kelahiran waliku.