Pages

tabung masa depan nazz

Showing posts with label cerita nazz. Show all posts
Showing posts with label cerita nazz. Show all posts

Thursday, 31 December 2015

Food Hunting in Escape Hat Yai

 
 
hye korang semua.. korang mesti tahu kan kalau Nazz cerita ni mesti benda yang dah berzaman kan, haha nak buat macam mana kekangan segala galanya. hee.. tapi tak pe hari ni nazz nak cerita tentang ala ala short vacation nazz ke Hat Yai bersama dak dak kelas nazz. yea laa dah final year kan. terasa nak create satu moment indah la ngan diorang semua ni. 
 
tapi sebenarnya bukan short vacation sangat la tapi sebenarnya lebih kepada trip kelas tapi entah kenapa task yang sepatutnya kena buat tu tak kena buat so dia jadi lah short vacation untuk kami semua. hahaha. ok nazz namakan dia food hunting in escape. kenapa? sebab kat sana boleh kata macam syurga makanan jugak lah. harga pon berpatutan. serius. nasib dapat lecturer yang sporting so short vacation tu lagi meriah.
 
kami ke Hat Yai hanya 2 hari satu malam. tapi kenangan tu toksah dk cerita la kan. banyak. SERIUS. 
di sebabkan nazz ni dk uitm kedah, dekat  jerrr kalau ikut sempadan malaysia thailand so nak ke sana kami pergi dengan bas je ha..  *save budget. haha

10/12/15- jam 6.30 pagi kami berkumpul. 

muka excited

nak pergi ke sana kami hanya guna border pass kumpulan kerana mostly kami semua dari kelantan kedah. tapi ada jugak yang guna passport.





sampai sampai jer semua dah lapar. so kitorang singgah makan dulu.. sebenarnya tak susah nak cari halal food di hat yai ni. 
 first sekali nazz makan mee sup.. sebab first tu plan nak makan benda lain tapi takde so makan yang mana ada dulu. haha.. lepas dah semua orang top up energy masing masing kami teruskan perjalanan ke ice dome.

kalau tak ambik pose lompat melompat ni tak sah.

dalam icedome ni ada exhibition bunga2  sempena musim bunga. if not mistake bunga2 dari italy.




 dalam icedome ni sesuai sangat pada yang suka pada bunga dan suka pada selfie. sebab nya dalam ni kami bergambar je.. hee.. tiket nak masuk dalam ni tak silap 300 baht je. *semua dah lupa haha.




yang laki tu tour guide kitorang, mr kok

ni di central festival



our lecturer, sir karl

selfie manjang



naik tuk tuk nak ke green way market(pasar malam)

greenway market


hari kedua 11/12/15

morning view dari grand plaza hotel 6.30 pagi (waktu thailand kalau malaysia 7.30)


samila beach
 kan dah kata kitorang mesti suka pose lompat melompat ni.. kali ni ajak sir sekali


pasar terapung klong heng


nasi lemak ayam gulai



last sebelom berpisah dengan our tour guide

bon voyage sebelom balik malaysia.





penat laa kan nak citer satu satu .. haha... di greenway night market tu kat situ boleh dapatkan macam pakain dengan harga yang di jamin murah kan. nak ke sana kitorang naik tuk tuk. best giler. first time naik. mula tu rasa takut gak la diorang bawak laju2. haha.

keesokan hari kami check out dari grand plaza hotel kami ke songkla. kami ke samila beach. kat situ ada banyak sejarah. di mana di katakan di pantai tu ada nelayan nampak mermaid. so diorang bina satu mermaid. our tour guide banyak cerita. kami semua concludekan samila beach has their own story with the mermaid. nazz pon tak tahu mermaid tu betul wujud atau hanya dongeng semata.

belah petang sebelom balik kami singgah di floating market di klong heng. kat sini banyak makanan yang sedaaapppp... nak beli je . nama lagi food hunting in escape kan.

hurm.. rasa macam tak puas nak pergi lagi ke sana.. mungkin kali ni dengan orang lain eh! gatai. haha.

banyak pengalaman yang nazz boleh ambik masa kat hat yai tu. di mana kita akan jumpa siapa kawan kita sebenar bila masa kita susah dan senang. paing penting dapat belajar budaya dan cara di tempat orang. itu semua kenangan tahun akhir di universiti bersama kawan2 yang nazz sayangi.

Friday, 20 November 2015

Wedding Cousin

 
sesi throwback.
 
cerita yang dah basi yang dah lapuk tapi nak jugak share ngan korang semua. hee
cousin nazz pon dah pregnant dah tapi nazz baru nak share cerita tentang majlis kahwin dia hari tu.. hee. tak pe la at least lepas ni boleh lah tengok sini kan kalau rindu.hehe
 
muka bakal pengantin dah berdebar menunggu saat di ijab kabul kan.

 sekali lafaz dah jadi wife orang dah.. dah tak boleh nak gelak ketawa bersama lagi..


  bersama dayang2 yang ting tong semuanya. haha

selamat pengantin baru niey &syaipul

 
dengan sepupu2 yang boleh giler2.. kalau jumpa nak bahan je kejenya tapi bila takde rindu pulak. haha.. tapi diorang ni boleh katakan  sepupu yang paling rapat la..
 
last but not least 
 

 


the end of the day!!! barakallah...
 
malm tu balik kedah dengan perasaan yang happy sebab sepupu kesayangan dah kkahwin dan sedih sebab tinggal keluarga di kampung.. heee. *cengeng!






 

Thursday, 30 October 2014

matrikulasi vs universiti

Selamat pagi good morning zaoshang hao readers sekalian... haaaa bila dah start update tu rasa macam setiap saat setiap detik jer nak update blog ni.. tapi bila dah dia stop menaip ambk masa yang lama pulak nak start balik.. hahaha...

Ok matrikulasi vs ipta. Kenapa  nak citer tentang ni? Sebab ada prince charming kat dua2 tempat ka? Ahaha.. memang tak la.saja nk kongsi pengalaman nak kenangan... ecece... 

Erm kalau nak ikut pengiraan hasil dari tambah tolak darab bahagi dan tak termasuk punca kuasa dua dan tiga kiranya dah 3 tahun nazz kat bumi jelapang padi ni...  start dengan matrikulasi dekat kolej mara kuala nerang dan sambung  pulak degree kat uitm sungai petani nih... 

Sepanjang tiga tahun dok kat sini terasa lah dia punya perbezaan nya antara dk kat matrik ngan dok uni nih...lain sesangat okehhh..  take note plisssss! 

Dulu masa matrik rutin macam p sekolah cuma pakai baju kurung xperlu pakai unifom. Kol lapan pagi sampai pukol dua lebih.. kalau dekat uni time xmenentu.ada klas awai2 pagi sehingga lah petang.. kadang2 malam pon ada lagi.. jadual pack gilee gileee lah... dr lapan pagi hingga lima petang. NONSTOP! bayang kan.. bayang kan.. ok  redha sebab orang lain sampai 10 malam.haha.

Masa kat matrik dulu selalu ada study group tapi kat uni macam dah xdak jer...kenapa? Sebab degree ni orang memasing sibuk dengan hal sndiri...sibuk  nak belajar sendiri.. kalau matrik tak, depa semua nak belajar sesama.
 Owh....rindunya saat itu. Rindu kuliah 2 rindu  geng p08, geng kelas, rindu mentor rindu segalanya laaahhhhhh...  rindu geng yang selalu buat ketawa. Selalu ada time susah dan senang.. ya allah jagakan mereka untuk ku.. 

Nak taw tak zaman matrik lebih indah sangat2..kenapa? Sampai sekarang pon masih dk ingt lagi apa yang dah buat masa matrik dulu..setiap detik setiap saat ada dalam kenangan.

Bayangkan dok sesaja update moment dekat wechat update status kat fb tweet kat tweeter upload pic kat insta cakap rindu geng matrik. Bukan nazz sorang jee kengkawan lain pon sama. See! Kenangan matrik kuat gilerr... tapi tak tau lah kot lepas ni dk citer zaman degree lebih menarik ka pulak...biasa lah manusia yg dah lepas yang dah tak dak tu lah dok di kenangnya.. haha...

 Haaa... rindu iza, geng kelas. Dia banyak bantu nazz masa matrik dulu.. geng satu kepala dk nyanyi time study group hahaa...  orang lain pon rindu jugak tapi maaf yea yang lain sebab gambar kmu semua dalam lappy..  update blog kali ni guna phone je... mihmihmih... in shaa allah ada kesemlatan dalam kesempitan update tentang yang lain.. heee...  

Ladt but not least kalau sesapa yang dapat matrik tu jangan dok menyesai la noh...best kot! Kat sana lah blh create segalanya..  di situlah tempat pertama nazz belajar apa itu persahabatan apa itu keberanian apa itu berdikari sebab sebelom ni tak pernah dok jauh dr keluarga..

Dah2 cukup merapu dekat entri yg panjang ni... haaa paling tak lupa dapt pres n vis pres yang giler2...hahaha...kami semua dah macam satu keluarga ada abang long dan maksu... yippie love them till jannah.❤❤

Salam rindu untuk geng2 p08 piqah iza nazirah afifah faezah syafiqah afiq saufi qawiem.. semoga kalian semua berjaya di dunia dan akhirat.